Tiny Hand

Mimpi kura kura

 Sunday, September 23, 2012

Semalam kan,
Ku mimpi,
kaki ki kene kokak dek kekura.
*kokak=gigit*

Padahal kekura bukan de gigi pun!

Isk.
Takot n sakit gile!
Dah la kekura tu leh panjang kan leher dia. Panjang gile weiii..
Huhu...

Lepas kene kokak tu kan,
Ku terjaga.
Berpeluh peluh & jantung berdegup dengan kencang! Tgk jam pukul 4.44am!

Hahaha...

Agaknye rindu si peri kot~
Peri dah hilang time raya ritu.
*peri adalah kura-kira milikan adik aku*

Dulu ku suka seksa peri!
Seperti memasukkan hujung rambutku ke lobang hidungnye,
Usik tangan n kaki dia sampai dia stress terus simpan dalam shell. Dengan kepala skali masuk.

tension sangat kot tgk muka aku!


Agaknye peri tak dapat kokak aku di alam reality tu yg masuk dalam mimpi ku tu kan?

Tapi,
Persoalannye skang,
Adakah itu peri?
Rasanya tidak.
Sbb dalam mimpi tu,
Kura kura yg de dlm aquarium!

Hew hew hew....

Semoga peri baik baik saja walau dimana kamu berada!
*macam aa kekura tu baca blog?!


Read more...

Jovian by Jovian Mandagie

 Monday, September 17, 2012

Sila ke website:-
www.poplook.com
*kat zalora pon ade!*

Masa raya haritu,
Laki ku tak bagi beli!
Ok. Fine!
Boleh sabar lagi.
Dimana hati pon bekerjasama dengan otak time tu!

Tak mimpi. Tak teringat. Dan tak menyesal!

Tapiiiii.....

Harini!
17 September 2012
Hari isnin.
Public holiday.
Dimana semalam adalah Hari Malaysia.
*Oh! Happy Birthday Malaysia.*
Hati seolah-olah tak mahu bekerjasama dengan otak..!
Dari tengahari tadi, jiwa resah!

Time solat td siap doa lagi agar takde apa-apa yg akan terjadi.

Tapi.
Lagi di doa,
Lagi menjadi-jadi perasaan.
Adakah ia petunjuk agar ia harus ku miliki???!
Selalunye begitulah~

Maka........
Setelah usaha untuk menahan diri tidak berhasil,
Makanya, haruslah kan???

Dah la bulan ni kene renew insurance kereta, juge roadtax. Apetah lagi jpj pau RM50 utk replace geran hilang. Dimana 3 saman polis juga ku langsaikan. Sila bayangkan berapa $$$ ku melayang disitu.

Ok bye!

Read more...

Aktiviti Malam Jumaat

 Thursday, September 13, 2012

Read more...

Slogan Merdeka

aku ni tak laa patriotik sangat.
tapi suka gak la dengar lagu merdeka tu..
"tanggal 31. bulan 8, 57. mendeka..mendeka..tetaplah mendeka..."
"tanggal 31. bulan 8, 57.... hari yg mulia, hari bahagia, sambut dengan jiwa yg mendeka"
*dulu panggil merdeka tu mendeka. sekarang pun!*

seingat aku la kan,
masa dedulu sekolah rendah kan,
kami akan 'dipaksa' menghafal tema slogan merdeka pada tahun itu.
kadang kadang cikgu tanya tahu?!

tapikan,
tadi ku cam baru perasan tema untuk tahun ni...

isk...
macam lain macam.

pastu ku dok search la slogan dedulu,
hew hew hew
*minta izin kopipes ye abang~*

ce korang tengok.
ade gak slogan yg ku ingat ingat lupa.
almaklomlah.......
dah tak berapa nak muda remaja lagi :)



1970: Muhibbah dan Perpaduan
1971: Masyarakat Progresif
1972: Masyarakat Adil
1973: Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
1974: Sains danTeknologi Alat Perpaduan
1975: Masyarakat Berdikari
1976: Ketahanan Rakyat
1977: Bersatu Maju
1978: Kebudayaan Sendi Perpaduan
1979: Bersatu Berdisiplin
1980: Berdisiplin Berbakti
1981: Berdisiplin Berharmoni
1982: Berdisiplin Giat Maju
1983: Bersama Ke Arah Kemajuan
1984: Amanah Asas Kejayaan
1985: Nasionalisme Teras Perpaduan
1986: Setia Bersatu Berusaha Maju
1987: Bersatu
1988: Bersatu
1989: Berjaya
1990: Wawasan 2020
1991: Wawasan Asas Kemajuan
1992: Bersatu Menuju Wawasan
1993: Nilai Murni Jayakan Wawasan
1994: Jatidiri Penggerak Wawasan
1995: Budaya Penentu Kecapaian
1996: Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
1997: Negara Kita, Tanggungjawab Kita
1998: Bersatu Ke Alaf Baru
1999: keranamu: Malaysia
2000: Keranamu Malaysia
2001: Keranamu Malaysia
2002: Keranamu Malaysia
2003: Keranamu Malaysia
2004: Keranamu Malaysia
2005: Keranamu Malaysia
2006: Keranamu Malaysia
2007: Malaysiaku Gemilang
2008: Perpaduan Teras Kejayaan
2009: 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan
2010: 1 Malaysia, Menjana Transformasi
2011: 1 Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera
2012: Janji ditepati.





tetiba................
janji ditepati!
hehe...



ok tu je.
bye!






p/s:
pebenda transformasi berjaya rakyat sejahtera ntah!
aku rasa lagi menyusahkan hidup lagi ada!
hmm....





Read more...

Anugerah Blockbuster Astro

 Tuesday, September 11, 2012


sila ke website :- ini







terpaksa laa saye undi LISA SURIHANI
 hew hew hew



p/s: saye suka filem SEKALI LAGI. 




Read more...

Majlis bertunang

 Saturday, September 8, 2012





family aku dah lama xde acara kenduri kendara bab bertunang+kawin ni.
last skali aku le ritu.
3 years back. 2009.
sebelum ku tu cousin lelaki ku, 2006
ni anak sepupu aku lak bertunang, 2012
*kira anak sedara la tu. dia panggil aku MAK NINA*
agaknye, 3 tahun sekali kot baru de yg nak kawen.
huhu...

maka beramai-ramailah kami serbu ke penang ritu.
kami ni belah lelaki,
kurang sikit meriahnye.
kalau kami adalah belah pompuannnnn,
memangggg meriah!
macam aku dulu :p
 hew hew hew..

tapikan,
perempuan yg bertunang dengan warga lelaki kami,
masa lepas sarung cincin tu kan,
*mengikut adat deme kata*
mesti ade makcik-makcik kitorang yg akan salam korang kan?
haaaa....
bukan salam kosong tahu?!
salam 'cangkuk' org panggil.
maknanya,
masa salam tu,
dalam 'salam' tu mesti ada duit :p
heehe...

untungglahhh korang...


pastu part paling best,
kena makan gula!
GULA PASIR OK!
ok.
yang ni aku dulu kena!
ciss...
kalo suap gula tu sikit-sikit buat syarat takpe gak!
ni sumbat gula cam sumbat kek dalam mulut aku!
demm!

nak kasi 'manis' katanya.
manissssss laa sangat kan?


kepada mimi.
*mimi adalah anak sedara ku*
selamat bertunang.
semoga cecepat kawin.
ko dapat anak,
aku dah jadi nenek.
ok bye!


eh lupa nak tempek pic ongkawenbetunang.
wanina zareenaz.blogspot.om
Bertunang: 23 August 2008

eh silap gambar.
hew hew hew
sorry!
 bawah baru betui~
Bertunang: 28 August 2012



Read more...

Tazkirah Jumaat #17

 Friday, September 7, 2012

Read more...

Baskin Robbin's Ice Cream

 Thursday, September 6, 2012

sape tak suka eskrem BR ni,
angkat tangan!
sape tak teruja,
mesti ada masalah dalaman!
*tipikal*

gambar incik gugel


kan ke 29, 30 & 31 August 2012 ritu BR de buat 31% off kan?
maka...
wajib laa kan?
*kata cheapskate!?*

memula ku beli Quart.
Chocolate Royale Mousse + Cotton Candy
*cotton candy ni rasa dia cam paddle pop :p*


then esoknye beli Pint plak.
Gold Medal Ribbon



tahu tak?
dedua tu laki ku tibai makan sorang..!!
makan tak ingat orang langsung...!!!
*makan time ku takde kat rumah OK!*

kalau lepas abis tu buang bekas tu takpe gak...
ni, beliau masuk balik dalam freezer tu!

saje nak mempermainkan perasaan aku!
marahhhhhhhhnye aku!


 "nanti kite beli lain ye sayanggg"


 seteresss tahu??!
sadis betul.




ok bye!
 

Read more...

nantikan... saye nak letak ni kat rumah!

 Monday, September 3, 2012







p/s: 
sekarang ni kat groupon ade jual foosball tu~






ok bye!



Read more...

Worst BANK!

 Saturday, September 1, 2012

Sorry to say lah kan,
The Worst Bank goes to CIMB!


Story 1
pergi branch.
pukul 2 petang.
nak buat TT [Telegraphic Transfer] ke China.
Aku kene bebel..!
"Kenapa datang lambat? nak buat TT datang la pagi. sini tak buat TT. TT kena hantar pergu Hub dekat Medan Gopeng. Susah la."
What the ?
Sukati aku laa nak buat TT pukul berapa. bukan aku datang pukul 4.31 petang pun!
kalau branch xleh buat TT,
baik takyah jadi BANK!
Demm...

dorang ambik TT form tu. 
sebab nak hantar kat Hub.
aku balik tangan kosong.
so, ape bukti aku nak bagitau supplier yg aku dah buat TT?
logic ke pada akal?


Story 2
Pergi Bank.
Cash kan Cheque.
then nak transfer ke individual account.
oh. limit hanya boleh masuk 3 account je.
lebih kene charge.
RM3 untuk 1 account.
kalau taknak bayar,
sila pergi CDM [Cash Deposit Machine]
ok Fine!
sila buat mesin boleh masuk syiling.
sekian terima kasih.

p/s:
tak tau la kan, kot-kot polisi semua bank camni.
tapi tiada logic akal disitu.



Story 3
Call Bank.
tanye, kalau nak transfer dari CIMB ke Maybank sekarang, harini leh clear x?
jam menunjukan pukul 12 tengahari.
urgent ni.
maka otometik bukan RENTAS la kan?
Bank kata, "ia mengambil masa 3 hari jugak utk clear"
apakah???
adakah TT tu sama je function dengan cheque?
baik aku pakai cheque. 
buat apa bangang-bangang isi form. gi bank. ambik nombor. tunggu lama. tapi 3 hari jugak?
or..
takkan aku nak bawak cash dari CIMB ke MBB?

p/s:
TT ke China kadang-kadang sehari stengah dorang dah dapat.
ntah la. mungkin ilmu 'BANK' aku tak cukup lagi.
hmm...




sesungguhnya memang menyakitkan hati!

Read more...
There was an error in this gadget

♥ Thanx ♥

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP