Tiny Hand

Kemalangan Ngeri Di Senawang

 Wednesday, March 21, 2012

Assalamualaikum....
saye diselubungi mood sedih...

kalau korang de terbaca twitter ku semalam,
pasti tahu ape yg terjadi......

semalam,
20 Mac 2012 kira-kira jam 2.49 petang,
seluruh office dikejutkan dengan berita kemalangan salah seorang pekerja kami...
beliau telah dijemput illahi dalam keadaan yang sgt menyayat hati...
 
untuk pengetahuan,
kami ni kontraktor jalanraya,
so, semua kerja pon atas jalan je laa.....
sekarang ni dok pulun habiskan kerja PLUS..
kami le yang cat jalan dari Utara sampai Selatan highway PLUS tu...

pekerja kami tu telah dirempuh lori ketika sedang bekerja!
*arwah adalah team mengecat garisan jalan raya bahagian Central & Southern*
ia mengakibatkan MAUT!
berita kemalangan pon masuk paper Metro Edisi Utara..
bahagian Selatan & Tengah xpasti.
ada kot...

ni la keratan akhbar nye.....
Harian Metro 21 Mac 2012 page 4
Tajuk: Maut dirempuh ketika cat jalan



Arwah adalah pekerja yang baik..
beliau sangat baik!
saya tak kenal rapat ngan arwah sebab arwah sentiasa ada di pejabat kami di Southern..
saya baru je berjumpa beliau untuk pertama kali tahu bila?
15.03.2012 hari khamis!
itupun beliau bersama team datang ke ipoh untuk tukar lorry..
lorry yang mereka pakai tu nak kena buat puspakom inspection..
dan itulah kali pertama dan terakhir ku jumpa beliau.....

then 5 hari lepas tu, ku dapat berita beliau telah pulang ke Rahmatullah..
dalam keadaan yang sangat .........
Ya Allah!


start semalam,
lepas kejadian,
semua kerja kami stop dulu...
semua 'team's, supervisors, managers diminta ke tempat kejadian,
dan mereka setia menunggu di hospital,
harini semua pon pergi ke kampung arwah di Ayer Itam, Johor..
Boss suruh semua stay sana sampai kenduri tahlil habis.
*dlm 3 hari*

semalam,
ku call bangla,
*bangla yg jaga traffic management semasa kejadian*
terketar-ketar suara dia bercerita..
ye laa...
benda jadi depan mata dia..
bangla tu kata,
dia sempat elak, tapi arwah tak sempat...
tadi,
ku call lagi,
bangla kata,
"kaka, saya tak buleh tidur malam kaka. ingat saja"
bayangkan TRAUMA bangla tu....


tengahari tadi,
ku call supervisor yang ada di sana,
ku tanya pasal lorry driver yg melanggar tu,
dia kata,
lorry driver melecur di badan sebab terkena cat tu...
arwah pon ada kesan cat di muka :(
*cat tu panas!*
Ya Allah!



meh sini ku cerita serba sikit pasal mengecat garisan jalanraya ni...
bahan mengecat jalan tu sebenarnya hanya serbuk seperti tepung....
kemudian ia akan dimasak dlm boiler diatas lori..
*nampak x kat gambar bawah ni?*
bila kena panas,
ia akan cair & likat..
kemudian ia akan 'diturunkan' n masuk ke dalam screeder..
screeder tu benda yg tolak tu...
dekat screeder tu ada api kat bawah tu tau...
sebab suhu kena maintain paling maximum 200°C


kalau kat highway,
macam gambar kat bawah ni situasi dia...
jalan akan ditutup lebih 2km..
so that pemandu dari jauh dah tahu ada kerja-kerja penyelenggaraan dihadapan....
ala...
korang kan pengguna highway jugak...
mesti pernah nmpk org tutup jalan cenggini kan?



 ok.
cuba korang bayangkan,
keadaan arwah seperti dalam keadaan gambar atas,
untuk pengetahuan,
kat atas ni kerja-kerja dilakukan di FAST LANE
*semasa kejadian, arwah berada di belah kiri (SLOW LANE)*
then datang lori lalu melanggar............
tgk bahagian depan lori pon tahu betapa teruknya kejadian tu kan? Ya Allah!




kepada sesiapa yang membaca cerita ni,
ku mohon disedekahkan AL-FATIHAH untuk arwah...




AL-FATIHAH...
semoga roh kamu dicucuri rahmat, Azlizan....
Takziah kepada keluarga arwah....


2 comments:

~farah~ 22 March, 2012  

sedih baca. al-fatihah :(

Jay 22 March, 2012  

Al-fatihah tuk arwah....

Post a Comment

There was an error in this gadget

♥ Thanx ♥

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP