Tiny Hand

Hasil Menjahit Semalam

 Tuesday, February 28, 2012

semalam pas keje,
ku dok jaahhhiitttttt sampai malam...
*gian dah seminggu x jahit*

ade laa ku berenti kejap, mandi solat sume~
laki ku datang kaco ku berenti jap,
laki ku nak baju,
laki ku nak air,
ku berenti laa kejap jahit...

dalam kol 930 malam, gi spital lak jenguk nenek ku~


semalam dapat jahit 2 bende je..
bantal n sarung bantal...


sarung bantal tu request dari adik ku~
bantal plak ku bagi nenek~
pastu makcu ku pon nak bantal jugak...!!
fine!


taraa.......

sarung bantal angry bird

bantal panjang~


tak susah pon jahit bantal..
jahit tepi,
 pastu ambik bantal lama,
then ambik isi perut dia, 
sumbat dalam bantal baru tu..
dah siap!


harini nak buat lagi bantal tu~
cam best bila buat tido!


ok bye...

Read more...

Tazkirah Jumaat #12

 Friday, February 24, 2012


Kita minta kepada ALLAH setangkai bunga segar,

DIA beri kaktus yang berduri.

Kita minta rama-rama,

diberi ulat yang berbulu.

Namun kemudian kaktus itu berbunga indah

dan ulat itu menjadi rama2 yang cantik.


Itulah jalan ALLAH,
“tidak memberi apa yang diharapkan,tapi yang diperlukan”



Read more...

#14 Wordless Wednesday - Cita-cita dedulu

 Wednesday, February 22, 2012


dulu cecita nak jadi yang pakai baju kebaya tu~

Read more...

Tau kat mana makan lontong sedap?

 Tuesday, February 21, 2012

kalau korang nak makan lontong sedap...
tau kat mana?
kat PJ
*Petaling Jaya*
pasar PJ tu kat seksyen 14...

haaaa......
tempat makan kat atas tu :)
gi carik kedai ni....


Add caption


LONTONG SEDAP

half-way through
nasik lemak pon sedap! ni kat kedai sebelah~



gi laa try makan kat sana korangg :)


Read more...

Projek Weekend Haritu

 Monday, February 20, 2012


seperti yang anda sedia maklum,
ku dah de gadget baru skang....

ku dah tak suka handbag!
*ehh?*
hahaha...
takla...
suka gak handbag...
tapi ku kan dah berazam tamau beli handbag tahun ni..
so,
ku kene 'divert' aa HATI aku ni ke arah benda lain...
tu yang beli MESEN JAHIT tu...


beli handbag tak rasa mahal! beli mesen rase mahei bebeno!



kagum tak ZAREENA menjahit?





ni antara fabrik yg ada. sebenarnya ada lagi. tp malas nak punggah....

skang ni, ku dah rupe mak-mak dah..
asik gi nagoya & kamdar je...
*riamoda tak jejak lagi sebab susah parking. malas!*
carik kain la pe lagi...
dari taktau jenis-jenis fabrik skang dah tau :p
hahahha....

dalam kepala hotak ni macam-macam benda nak buat...
sarung bantal jangan cite la..
ku prektis jahit, memang jahit sarung bantal je...
banyak gile pillow case kat umah aku!



so semalam,
lepas subuh je ku start menjahit...
sementara nak ke spital jenguk nenek aku,
sempat aa siapkan alas meja table runner senget-benget-herot-berot :)

oh! nenek aku patah kaki,
so kene operate letak besi kat kaki beliau..
ni tadi Alhamdulillah,
cuma still x berapa sedar dari bius lagi :)


 semalam buat 2 table runner.
alas meja makan xsempat siap. siap separuh jalan je :)

ni baru nak gunting tepi. gunting kaler PINK ok! baru laa ada mood nak sewing~

start jahit. alaaa senang je. jahit straight kat tepi tu....

taraaaaaa.... dah siap!
 cantek takk???
 kos alas meja table runner ku ni tak sampai RM7 :)





 yang ni plak, nak buat alas meja makan...
saje pilih colorful.
sebab ruang tu kosongggggg je~

lipat + ukur = ready to gunting

dah gunting. so 1 buat table runner & 1 lagi buat alas meja...


close up...
dah siap table runner! ni nak letak kat dapur. alas kat meja yang letak periuk nasik, thermos, oven n etc tu...



pasni nak belajar buat baju kurung plak..
tapi ngah tunggu cikgu nye...
cikgu ilang plakkk....
belajar setakat cara gunting je haritu :p
hahaha....

sementara tunggu cikgu,
ku nak jahit seluar tido!
nak seluar tido BINTIK-BINTIK cam HAQ!!!!

haritu ku dah berjaya jahit langsir senget-benget-herot-berot :) 
ku tak ukur pon..
trus jahit je...
sebab nak tengok je, jadi ke tak langsir?!
jadi wehhh!!!
cuma x fit dengan railing. ketot je~
senget benget tetap ada!


tau kenapa jahitan ku herot berot?
sebab ku jahit tak ikot SOP!
*standard of procedure! ehhh??*
sepatutnye,
tepi tu kene pin dgn peniti before jahit.
tapi ku malas. ku nak cepat siap~
so mesen tu lajuuuu je bergerak...
hehe...

pasni ku tempek lagi ye pe yang ku jahit....
daaaaa~




Read more...

Ingatlah orang tersayang...



kalau korang nak buat apa pon,
fikir laa masak-masak...

 
kalau korang nak cakap pape,
ingat sket hati orang....


kalau korang nak cakap & buat pape,
ingatlah air-air muka yang korang kene jaga...


setiap perbuatan korang,
mencerminkan peribadi empunya diri,
mencerminkan didikan ibubapa & suami....



maka,
jagalah airmuka IBUBAPA & SUAMI kita....




Read more...

First Impression

 Sunday, February 19, 2012


korang de tak rasa camni...?
bile korang jumpa seseorang for the first time?


first time jumpa orang tu,
then HATI terus cam rasa sumthing wrong sumwhere kat orang tu...





HATI trus cam xmo kawan ngan dia,
HATI xsuka trus orang tu,
HATI tak berkenan,
HATI rasa de sesuatu takbest
or
HATI kata dia tu cam 'hek-ele'


memula,
ku malas nak layan HATI
siap sangkal kata HATI lagi tau...
buang rasa negatif tu,
*biasala aku, ingat sume orang tu baik!*
bersangka baik...


tapi lama-lama...
kata HATI tu betul....

oleh itu,
lepas ni,
ku akan 'take note' dengan kata  HATI tu :)


sayangggg HATI !!!





note #1:
jangan terlalu baik hati sangat dengan orang...
belum tentu hati orang tu baik/hormat dengan kau!



note #2:
aku ni,
kalau hati dah terdetik tak suka,
sampai bila pon takkan suka..
buat laa ape pon....
cuma ku kontrol diri sendiri so that tak nampak sangat....
banyak air muka nak kena jaga...




Read more...

Petua : pinjam duit.....

 Saturday, February 18, 2012


ni petua nenek aku......

nenek aku kata,
kalau de orang nak pinjam duit kat korang,
korang kene bagi setengah je.......

means,
kalau dia nak pinjam RM400,
korang bagi RM200 je...
walopon korang de RM400 melambak-lambak bawah tilam!


nanti kalo dia tak bayar balik,
takde laa berputih mata sangat!


bank pon de bagi 100%  loan????


sekian...

Read more...

Tazkirah Jumaat #11

 Friday, February 17, 2012


Sebaik-baik manusia adalah...
 yang diberi umur panjang dan diisi dengan amal sholih....

..Dan seburuk-buruk manusia..
 adalah yang diberi umur panjang dan umurnya dihabiskan untuk hal-hal negatif...




selamat hari lahir kepada suami tersayang :)


semoga Allah panjangkan usia awak,
dan dimurahkan rezeki....
dan diberkati Allah dunia akhirat :)



Read more...

tips pilih calon suami 2

 Thursday, February 16, 2012

tips yang no 2 ye...
bukan suami yang ke-2...
sila faham ayat bahasa melayu~

ni ku baca kat 1 blog ni....
ku setuju sangat dengan point no 1 & 2 tu...

dari dulu lagi,
taste ku bukan 'lelaki hensem' ...!!!
*tapi laki aku hensem tau!*

sebab,
bagi ku,
*BAGI AKU YE! BUKAN BAGI KAU!*
lelaki hensem ni tak appreciate kite!
tau nak jaga hensem dia je...
dia tau dia hensem, so dia tak heran dengan kite yang cantik ni!

kann??
betul tak?

dorang takde perasaan nak mempertahankan kite yang cantik ni!
kalau de orang rebut kite, dia takde pon nak mempertahankan kite...!
pastu layan tak layan je~

pastu lelaki hensem ni cam ku xleh bergantung harap sangat..
sebab cam tak kuat je~
asik dok jaga kehenseman!
pigi dahh..
kawen laa ngan hensem ko tuh!
*apesal tetiba emosi?*

maka carik lah yang tak berapa hensem,
*hensem jugak cuma tak sangat je*
sebab dia tau dia tak hensem tapi dapat yang cantik,
so abeh hati..
jaga leklok :)
haaa...
kan ke suwiitt tu...
*eh?*

ni la tips kat blog tu...


Pilih lelaki yang:
  1. Tak hensem dan tak juga barai sangat. Kalau hensem macam Robert Pattinson kita kasi markah 85%, dan NurShahrul Idlan Talaha kita kasi 50%, korang cari sekitar 40% ke 60% tu kita dah cukup semangat. Orang kata sedang-sedang sedap mata memandang bahkan yang sedap itu bukan sekadar di mata tetapi.... Tetapi di hati...
  2. Lelaki tak berapa hensem dia appreciate kecantikan gadis dan pada masa sama punyai elemen 'romantis' yang kuat. He may be a little bit protective, mengongkong, itu cuma reaksi atau ekspresi 'jantan' jaga hak, sempadan atau kepunyaan seperti kucing jantan pancut kencing di tayar kereta. Girls, you can manage this, you can take an easy care of a man of this kind. Most handsome man (score 80 ke atas) are self-centered, appreciate only what pleases him.
  3. Lelaki yang bersih dan kemas, dan tidak terlalu serabai, tidak terlalu kemas. Dia cekap sesuaikan pakaian ikut peristiwa dan kejadian (occasion) 
  4. Lelaki yang tak hisap rokok. Kalau dia penuhi kriteria lain, tetapi dia merokok, cuba panjangkan isu rokok merokok ini sepanjang perkenalan even selepas kahwin sampai dia fed up dan berhenti. To be both a 'passive smoker' and a wife is not a good combination, moreover to nurture your kids right from your womb. 
  5. The way he talk, shows his character. Kalau dia suka cakap fasal diri sendiri, he's not independent and egoistic. Cari lelaki yang suka bercakap/bercerita/menceritakan subjek yang selain dari dirinya. Suka cerita fasal cuaca, filem, binatang, travel dan sebagainya. Dia juga tak bercakap tentang orang lain. Content perbualan dia menunjukkan frame of interest dia di mana dan bagaimana. Hayati juga bagaimana dia express comment dia terhadap some issues.
  6. Memahami dan bertolak ansur, justeru kelihatan sangat romantik.
  7. Pilih kawan-kawan dia. Kalau kita mengenali seorang lelaki yang menawan, hensem, baik dan kita jatuh cinta tanpa ragu-ragu, tiba-tiba dia sebenarnya tak available senang cerita tunang orang. Maka sila target kawan-kawan dia. From the beginning pun bila kita berkawan dengan orang yang menawan, sila berkawan juga dengan kawan-kawan dia. Tak hensem sikit pun, cuba bagi kawan dia tu peluang mungkin he got potential to be better guy, it is just about time.
  8. Hindari lelaki yang mencarut bila terkejut atau terperanjat. What you do or think in repetition over time will become habit. If he said, mana I sengaja, tak sengaja tiba-tiba terkeluar perkataan tu, nak buat macam mana I terkejut b. That's bullshit. Itu satu statement tak boleh pakai dan merepek. 
  9. Cari lelaki di tempat-tempat ilmu, seperti masjid, gotong royong hapuskan aedes, bersihkan kubur, derma darah dan sebagainya.
  10. Kenali mak ayah dia, do some study dan research tentang dia dan keluarga dia.
  11. Solat hajat, minta petunjuk selalu.

nak tambah 1 lagi,
kalau de lelaki yang berkira & kedekut, sila tinggalkan beliau~
hahhaha....



ok bye~



Read more...

Tips pilih calon suami 1

 Wednesday, February 15, 2012


ni tips yg mama ku dok dendangkan kat ku ye....
*tips utk aku mase pilih calon suami dulu*

hahaha....


mama ku pesan,
*sebenarnya ni ciri-ciri menantu pilihan mama kot*
hehe...

kalau nak carik suami nanti, carik yg keje opis biasa-biasa je...
senang raya nanti leh cuti...
sabtu ahad de kat umah~

jangan carik doktor, askar/polis & lawyer...
ni aku pon dah lupa kenapa..
yang ku tahu kalau dokter selalu on-call memalam nanti jenuh..
tengah tidur kene gi keje...

carik orang dekat-dekat je..
senang raya nanti tak bergaduh nak balik kampung~

jangan carik orang _ _ _ _ _ _ _ _ :)
*family members ku pasti faham*

kalau bercinta bagai nak rak pon,
kalau MAK dia tak suka kau,
jangan laa teruskan,
kelak akan banyak masalah timbul~

jangan carik yg hensem sangat,
susah nak jaga..
biar sakit mata, jangan sakit hati!



so, dengan berkat doa seorang ibu,
ku dapat suami yang berciri-ciri di atas :)
hehehe......


kepada sepupu-sepapat & anak-anak sedara ku,
pasti benda ni pon telah didendangkan di telinga kalian kan???



Read more...

Iphone 4s tak best!

 Monday, February 13, 2012



lain orang lain pe'el nye...
pe'el ku plak,
yang orang suka ku tak suka!
yang orang tak suka ku suka!
kadang² orang suka ku pon suka :)
heee.....

henpon ku ni kan....
email lambat masuk aaa...
tehegeh-hegeh....
twitter pon lembs nak mamps...
twitter kan,
kat notification dah keluar,
kalo g kat twitter tu, lembs plak!
tak suka laa lembs lembs ni...!!
fesbuk lagi laaaaaa hampeh!!!!

susah dowh ku nak ber biznes...
isk...
kewibawaan ku tercabar!
ye laaa...
sebab lambat reply email / mesej kat FB!!
kira cam ku tak efficient~

kalau pakai BB dulu,
kat inbox PC email x sampai lagi, kat BB dah sampai :)

nak kata sebab DiGi lembs nak mamps,
tak tau laa plak kan..
dulu BB pon DiGi gak...
cuma plan je lain~

nak tuko henpon xleh...
dah sign contract 2 years ngan DiGi............
hmmm....

hehehe....

pasal email lambat je laa ku x suka henpon ni :p
yang lain maveles...
tambah-tambah lagi game WHERE'S MY WATER?? tu :p
terbaik wok!


ok bai~

Read more...

Where's My Water?

 Sunday, February 12, 2012

Ku dah TER-Gian main game ni....

Dah complete SEMUA level..
Semua ok!
Ku dengan tidak kedekutnye, purchased ini game tahu!?
USD0.99 je~

Ni laa game yg paling berdedikasi ku main n completekan,
SEUMUR HIDUP ku!

Ce korang try main..
Addicted punye..
Ku main bersungguh2 sampai pusing2 phone macam org gile!
Hahaha....

Skang ni ku ngah tunggu levels baru. Ku baca review, valentine's ni leh hapdate levels baru!
X SABAR OK!

Read more...

Projek Baru Ku ~

Hehe....
Haaaa....
Kagum tak????
Seswai tak zareena & mesen jahit wahai sahabatku????

Percayalah....
Kini ku gila menjahit...
Sume pon nak jahit tapi tak reti.
Tengah menuntut lagi ni.
Skang plak cikgu telah menghilangkan diri ;(
Hmmmm......

Read more...

AQASHA -obsesiku!

 Saturday, February 11, 2012

yeahhh....

ingin ku gigit gigit cuping telinga kecilmu...
*tetibe terasa cuping telinga ku kecik. takde cuping sebenarnya!*
lalalalalala~


hehehe...

yang pasti laki aku pon salu nyanyi lagu ni..
tapi part gigit cuping telinga je lah!
tu je yg beliau tau pun~
hehehe...

tapikan...
lagu ni sangat OhSemmmmm....!!
ditambah pulak AQASHA yang nyanyi..
oh!......
*walopon agak geli sikit bile tgk aqasha nyanyi masa time abis cite gemersik kalbu tu :p*
hehehhe.....

banyak kali dah ku ulang-ulang MV ni :p
tak kira dimana sahaja :p

ku nak buat ringtone lagu ni..
tapi ku tak reti laa plak camne :p
dah siap 'potong' lagu dah. ambik part best je :p
tapi...
tu lahh....
tak gheti den nak ngisahkan henpon tu~ ~ ~




Read more...

Tazkirah Jumaat #10

 Friday, February 10, 2012

 
 
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, 
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu."

Read more...

nak tengok meja kerja aku?

 Thursday, February 9, 2012

tengok le.....
cantek tak?????
cantek kan?
hmmm......

Read more...

saya sangat jeles!

 Wednesday, February 8, 2012

saye amat-amat jeles dengan kamu kamu yang.......,

pergi office, kamu boleh pakai cantik-cantik!

dan yang teramat jeles pabila,
time kamu kamu balik pon still maintain cantek dan juga STILL wangi!!!!



akuuuuuu?????
time pegi keje je cantik sikit.
tengah hari dah comot!!
bile balik. belemuih!!!!!!!
busuk!
muka berminyak!

sebab nye,
berlari kesana sini.
terkejar-kejar...
ape yg bizi sangat entah!


arghhhhhhhh!!!!

jeles dengan kamu kamu ;(
nak cantik jugakkkkkkkk...........!!!!!

Read more...

#13 Wordless Wednesday - 2 weeks Kayra

Read more...
There was an error in this gadget

♥ Thanx ♥

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP