Tiny Hand

Tazkirah Jumaat #9

 Friday, January 6, 2012


Tazkirah Pembuka Jumaat Tahun 2012 :)



DARJAT SEORANG ISTERI

1. Isteri Siddiqin

Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri).
Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur.
Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak.
Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak
bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik,
dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin.
Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini,
macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih.
Ini adalah perempuan luar biasa. 
 

2. Isteri Muqarrobin

Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja.
Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya
bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik.
Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar.
Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu.
Itulah golongan Muqarrobin.
Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini,
di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.


3. Isteri Solehin

Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu
dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu
seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada
dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan.
Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah.
Itulah dia golongan orang yang soleh.


4. Isteri Fasik

Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu,
yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga.
Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas,
tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup.
Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati,
merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga.
Inilah dia golongan yang fasik.
Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.


Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia;
sebagaimana dalam hadith yang diriwayatkan oleh Tirmidzi,

Rasululllah S.A.W bersabda :-

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya.
Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya.
Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka."


Ketika ditanya para shahabat,

Rasulullah menjawab :-
"Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah,
saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah..
"





Semoga kita semua menjadi Isteri Solehah & DiSayangi Suami hingga akhir hayat~ 
Aminn......

0 comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

♥ Thanx ♥

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP